LyricsDua Dunia (feat. Siti…

Too Phat

Last update on: April 14, 2015
2 Translations available2 Translations available
#together against coronavirus

Kau selalu dihati Takku dekati Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta Dan juga boleh membutakan Melukakan dan sukar untuk kita lupakan Aku cinta padamu hanyalah ungkapan Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan Ini pula cerita cinta sang pujangga Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga Mungkinkah khayalan akal mainan minda Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah Kau selalu dihati tidakku dekati Sentiasa ada mata jahat yang memerhati Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru Senyuman dikaca kisahmu kubaca Perjuangan kita sama dukamu kurasa Aku pasrah sahaja pada Yang Esa Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza Kau selalu dihati Takku dekati Dua dunia kita berbeza Duka dikala malam termimpi-mimpi Rindu dikala siang mencari-cari Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar Walau dipisah lautan direnangi gelora Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah Malu sering bersua tapi jarang bersuara Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti Harapan menggunung sampai penghujung dinanti Dipegangkan janji tetap ratu dihati Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti Sabar menanti kesabaran diuji Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi Aku pasrah sahaja pada Yang Esa Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza... Kau selalu dihati Takku dekati Dua dunia kita berbeza Perjuangan seni kita tidak berpenghujung Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung Cabaran menikam kau tidak pernah bermurung Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran Atau suaramu yang jadi bahan tuturan Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata Kata apa saja... iya tapi tentang apa Wajahmu yang cantik manis lagi Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi Reality sukar diatasi tapi kesudahan indah Harus bermula dengan fantasi Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia Biar khayalan ku melayang... Kau selalu dihati Takku dekati Dua dunia kita berbeza

2 Translations available2 Translations available
  • 40

Last activities

Synced byHafiz Zuhari
Translated byNani SG

Musixmatch for Spotify and
Apple Music is now available for
your computer

Download now