LyricsApa Khabar

Joe Flizzow, SonaOne

  • Written by:
Last update on: May 10, 2021

Merenung ke luar jendela Bayu pagi meniup lembut Lihat bintang di angkasa

Purnama menerangi gelapku Dan bila fajar menjelma Itu permulaan hari baru Dunia gamat bunyinya Sunyiku hanya Tuhan tahu Dalam perjalanan banyak persimpangan Di mana kita bertukar arah Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan Di mana kita tersilap langkah Kadang-kala waktu berhenti Ku toleh kesisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar semua?" Mereka kata masa depan kami sungguh cerah Lirik dan rap kami bak anugerah Ini semua sebelum semua anugerah Masa bila lapar semua makan mie segera Show pertama luar KL di Pulau Pinang Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang Dua bilik empat katil jadi empat di lantai Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai Dan kali pertama kita diserbu peminat Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat Setiap langkah bersama seakan tidak percaya Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya Permulaan pengembaraan yang berliku Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu Kau kembarku hari ini dan semalam Jadi hari esok itu sendiri boleh faham, ah Tu berhenti Ku toleh ke sisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar semuanya?" Pada mulanya kita menjajah Lagu-lagu bahasa penjajah Dan kita berdua budak belasan Kau pandai buat percaturan Industri penuh dengan peraturan Semua kita bahas dan pidatokan Sebab ini dua budak bijak Kita kata ya mereka tidak Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal Ku masih ingat pesanmu Ingat Zal, kita Z paling handal Zal Suntikan semangat untukku Setiap persembahan phenomenal Beribu lagi fans luar stadium Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa Mungkin permulaan baru di ketika berbeza Kadang-kala waktu berhenti Ku toleh ke sisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar semua?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar?" Aku tanya, "Apa khabar semua?"

  • 16

Last activities

Synced byafifah asri
Translated byAmir Hakim

Musixmatch for Spotify and
Apple Music is now available for
your computer

Download now